AKTA PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN 1976 PDF

You may send this item to up to five recipients. Home About Help Search. Please enter the message. The E-mail Address es you entered is are not in a valid format. You already recently rated this item. Your Web browser is not enabled for JavaScript.

Author:Shaktir Vudozuru
Country:Papua New Guinea
Language:English (Spanish)
Genre:Love
Published (Last):7 July 2014
Pages:79
PDF File Size:3.6 Mb
ePub File Size:5.32 Mb
ISBN:677-6-60429-991-9
Downloads:89134
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Duk



August 10, Selepas RUU belum diluluskan dan ditangguhkan tanpa tarikh, ditimbulkan polemik baharu berkaitan pindaan kepada Akta - Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan dan Perceraian Yang malang sebenarnya jika tulisan sebegitu diangkat untuk membangkitkan emosi umat Islam untuk memprotes tanpa asas ilmu dan pengetahuan yang sebenar.

Kebangkitan emosi itu hanya semata-mata dibataskan atas dasar sentimen tanpa paksi kepada kebenaran. Pada masa kini, mana-mana seorang daripada ibu atau bapa boleh memberikan kebenaran tersebut tanpa perlu kepada kebenaran daripada pihak yang satu lagi. Namun, sebelum rang ini dibahaskan cadangan pindaan ini telah pun ditarikbalik oleh Menteri atas alasan kemungkinan berlaku percanggahan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu sudah tidak berbangkit kontroversi hal ini dan tulisan ini tidak akan menghuraikan hal tersebut. Kini, dibangkitkan pula kontroversi kononnya pindaan kepada Seksyen 51 akan menyebabkan Mahkamah Syariah hilang kuasanya di bawah Seksyen 46 2 Akta Pindaan kepada Seksyen 51 akan membolehkan mana-mana pihak sama ada yang baharu menganut Islam atau yang kekal bukan Islam boleh menfailkan petisyen perceraian di Mahkamah Sivil.

Petisyen itu boleh dibuat atas dasar persetujuan bersama mutual consent atau atas dasar perkahwinan itu telah pecah belah dan tidak dapat dipulihkan dissolution due to irretrievably breakdown of marriage. Berbanding dengan Seksyen 51 yang asal, hanya pasangan yang kekal menganut agama asal sahaja yang boleh menfailkan petisyen perceraian itu dan pasangan yang baharu menganut agama Islam itu tidak boleh menfailkan kes di Mahkamah Sivil. Hal ini jelas dinyatakan dalam huraian kepada RUU tersebut.

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk memberikan hak kepada suami atau isteri yang telah memeluk agama Islam untuk memfailkan petisyen perceraian untuk membubarkan perkahwinan sivilnya di bawah subseksyen 51 1 Akta Pada masa ini, undang-undang tidak memberi kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam hak untuk memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil di bawah Akta memandangkan hak untuk membubarkan perkahwinan hanya diberikan kepada suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam.

Oleh yang demikian, selagi suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam tidak memfailkan petisyen perceraian di mahkamah sivil, perkahwinan sivil suami isteri itu masih dianggap sah dan berterusan di bawah Akta Memandangkan suami atau isteri yang memeluk agama Islam tidak mempunyai hak untuk memfailkan petisyen perceraian di bawah Akta , dia juga tidak mempunyai hak untuk membuat permohonan relief sampingan yang lain seperti nafkah, hak jagaan anak, pembahagian aset perkahwinan dan sebagainya.

Keadaan ini mengakibatkan kesulitan kepada suami atau isteri yang memeluk agama Islam memandangkan Akta tidak memperuntukkan remedi kepada mereka dan terdapat sebilangan daripada mereka mendapatkan remedi yang lain dengan cara memfailkan permohonan perceraian dan relief sampingan yang lain di Mahkamah Syariah. Dalam keadaan tersebut, Mahkamah Syariah akan menjalankan kuasanya untuk membuat perintah berhubung dengan perceraian dan juga relief sampingan yang lain.

Konflik akan berlaku sekiranya kedua-dua suami isteri tersebut membuat permohonan masing-masing di dua mahkamah yang berbeza iaitu mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah serta kedua-dua Mahkamah tersebut membuat perintah yang berbeza. Walaupun Mahkamah Syariah boleh memberikan perintah perceraian dan relief sampingan, ia tidak boleh membubarkan perkahwinan sivil di bawah Akta kerana kuasa untuk membubarkan perkahwinan sivil di bawah Akta hanya diberikan kepada mahkamah sivil.

Oleh yang demikian, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membubarkan perkahwinan tersebut dan juga membuat perintah bagi relief sampingan yang lain dan perintah perceraian serta relief sampingan yang lain itu tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang. Malang sekali, pihak yang menimbulkan polemik ini tidak membaca sepenuhnya RUU yang dicadangkan itu sehinggakan berlaku salah faham dalam isu ini.

Seharusnya pihak yang berpolemik hendaklah menjelaskan hal ini setelah kajian dibuat dan ditekuni berdasarkan peruntukan undang-undang yang terpakai. Cadangan pindaan Seksyen 51 ini akan memberikan kuasa kepada Mahkamah Sivil untuk mendengar kes perceraian sama ada ianya difailkan oleh pasangan yang masih bukan Islam atau yang baharu memeluk agama Islam.

Seksyen 51 asal hanya memberikan hak ini kepada pasangan yang masih bukan Islam dan bukan kepada pasangannya yang baharu menganut Islam.. Manakala, Seksyen 46 Akta menyatakan seperti berikut: Seksyen Pertukaran agama 1 Jika salah satu pihak kepada suatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan selain Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

Kesannya, jika petisyen perceraian dibawa ke Mahkamah Syariah maka pihak bukan Islam tidak boleh menjadi kepada pihak dalam kes itu kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya eksklusif kepada orang islam sahaja, sebaliknya cadangan Seksyen 51 ini memberikan kuasa kepada kedua-dua pihak pasangan yang baru menganut Islam dan yang bukan Islam untuk didengar.

Justeru, bidangkuasa Mahkamah Sivil itu berbeza dengan Mahkamah Syariah. Bidangkuasa Mahkamah Sivil adalah ke atas kedua-dua pasangan sama ada yang bukan Islam atau yang baharu menganut Islam. Manakala, bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya ke atas orang yang menganut Islam sahaja. Jadi bagaimanakah dikatakan ianya tidak selari dengan Perkara 1A Perlembagaan Persekutuan? Mengikut pindaan yang diluluskan; seorang mualaf boleh ke mahkamah sivil untuk proses perceraian.

Isunya adalah apabila seseorang itu dah memeluk Islam, undang-undang keluarga Islam secara sendirinya automatik terpakai bagi dia ie perceraian, pembahagian harta sepencarian, pemberian nafkah, hadhanah hak penjagaan anak dll di mahkamah syariah. Hukum agama Islam berkenaan pasangan yg bukan Islam terpakai disini. Mahkamah sivil tidak boleh mendengar kes berkenaan undang-undang keluarga Islam sebab bukan dalam bidangkuasanya.

Masalahnya sekarang, orang bukan Islam tak boleh jadi pihak di dalam mahkamah syariah. Jadi, sepatutnya beberapa perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan lain-lain Akta perlu dipinda dulu sebelum Akta ini dipinda.

Hujahan ini selari dengan apa yang disebut oleh Ahmad Amzar itu. Hujahan ini juga mudah untuk dipatahkan kerana Mahkamah Sivil berkuasa untuk membubarkan perkahwinan yang diasaskan kepada undang-undang sivil dan bukanlah perkahwinan yang diasaskan kepada undang-undang Islam dan sebenarnya adalah forum yang lebih tepat berbanding jika hendak dibubarkan perkahwinan antara orang bukan Islam dan orang Islam di Mahkamah Syariah.

Malah, pembubaran di bawah Seksyen 46 2 Akta itu hanya sekadar berkuatkuasa ke atas orang yang baharu menganut Islam itu yang membolehkan beliau bernikah dengan orang Islam yang lain. Ini bermakna pasangan yang menganut agama Islam itu masih boleh menggunakan Seksyen 46 Akta untuk membubarkan perkahwinannya terdahulu dengan pasangan bukan Islam. Katanya, ia bagi mengelak tindakan oleh sama ada suami atau isteri yang tidak mahu menamatkan sesuatu perkahwinan tetapi tidak menjalankan tanggungjawab terhadap pasangannya, anak-anak atau harta mereka.

Tegas Azalina lagi, pindaan itu tidak menafikan hak seseorang itu di Mahkamah Syariah sebaliknya menggalakkan seseorang itu supaya bersikap lebih bertanggungjawab untuk menceraikan pasangannya di Mahkamah Sivil. Antara maksud keadilan adalah memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk didengar.

Tidak kiralah sama ada Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah yang mendengar kes itu kerana para hakim di kedua-dua platform itu pasti akan cuba memberikan penghakiman yang adil kepada kedua-dua pihak. Tetapi, dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada, Mahkamah Syariah tidak diberikan kuasa untuk menghakimkan orang bukan Islam.

Jadi ada kemungkinan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah itu tidak dapat dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam khususnya berkaitan perintah untuk bayaran nafkah dan lain-lain yang melibatkan wang atau hak jagaan anak. Maka, perintah sedemikian akan menjadi sia-sia berbanding dengan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil akan dapat dikuatkuasakan sama ada orang itu beragama Islam atau tidak.

Perbuatan membina persepsi bahawa Mahkamah Sivil tidak akan berlaku adil kepada orang Islam adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan menghina institusi Mahkamah itu sendiri. Apakah maksudnya proses sulh perdamaian atau tribunal yang mempunyai kuasa untuk membenarkan pembubaran perkahwinan.

Terdiri dari pihak berwajib, pakar perundangan, pihak berauthority dari kedua-dua pihak yang terlibat dan sebagainya. Apakah terma rujukan tribunal itu gagal dijelaskan oleh ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut. Lazimnya, sesebuah tribunal itu berfungsi sebagai badan quasi-kehakiman separa kehakiman yang mempunyai kuasa untuk memutuskan pertelingkahan antara pihak-pihak seperti Tribunal Pengguna atau Tribunal Perumahan atau Tribunal GST.

Tujuan sesebuah tribunal dibuat adalah untuk mempercepatkan proses litigasi atau mengurangkan karenah birokrasi badan keadilan supaya keadilan dapat dipercepatkan. Dalam sistem pentadbiran kehakiman yang sedia ada, Mahkamah ada menyediakan khidmat mediasi antara pihak-pihak secara percuma. Lagipun, Mahkamah sendiri sudah ada mahkamah khas yang mendengar kes-kes berkaitan kekeluargaan.

Maka, cadangan untuk menubuhkan tribunal mediasi ini masih belum jelas dan separa masak serta memerlukan terma rujukan yang terperinci. Cadangan harus dikemukakan dengan lebih konkrit berdasarkan objektif yang khusus. Kesimpulannya, pindaan kepada Akta ini tidak perlu dipolemikkan kononnya bercanggah dengan prinsip Islam. Bahkan, cadangan pindaan ini akan menyelesaikan banyak masalah yang sedia ada berkaitan kesan pemelukan seorang pasangan bukan Islam kepada agama Islam.

Ini pastinya akan mengurangkan konflik perundangan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

SILAPATHIKARAM IN TAMIL PDF

Perkahwinan dan Perceraian

.

CZIFFRA BLUE DANUBE PDF

AKTA PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN 1976 PDF

.

POWER CLOSING RIZAL NAIDU PDF

.

PACO JONES DETECTIVE PRIVADO PDF

.

Related Articles