ISTIBDAL WAKAF PDF

Konsep Istibdal Harta Wakaf menurut Perspektif Islam Aisyah Yasmin Che Mohd Amin Mohd Zamro Muda Keywords: Istibdal, wakaf, pelaburan, mazhab Sunni Abstract Konsep istibdal harta wakaf merupakan satu cara untuk membangunkan harta wakaf agar lebih produktif dan berupaya menyediakan pelaburan kewangan yang lebih stabil. Untuk melaksanakan istibdal harta wakaf, terdapat beberapa syarat telah ditetapkan bagi menjamin pelaksanaan konsep tersebut supaya selaras dan menepati syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha. Justeru, aspek yang ditekankan dalam kajian ini adalah pendirian mazhab Sunni terhadap istibdal harta wakaf. Objektif utama kajian ini adalah bagi mengenal pasti konsep istibdal terhadap harta wakaf menurut pandangan fuqaha.

Author:Vibei Zolocage
Country:Gambia
Language:English (Spanish)
Genre:Marketing
Published (Last):25 March 2019
Pages:325
PDF File Size:1.23 Mb
ePub File Size:13.40 Mb
ISBN:492-5-12454-621-7
Downloads:57663
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Mezirg



Konsep Istibdal atau lebih dikenali sebagai pertukaran harta wakaf pada hakikatnya merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang membabitkan pembangunan harta wakaf. Tujuan asal ini tidak akan kesampaian jika adanya halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Antaranya seperti pelupusan status wakaf akibat pengambilan tanah wakaf oleh pihak berkuasa. Maka nazir selaku pemegang amanah harta wakaf perlu menyelesaikan permasalahan ini dengan mengambil alternatif dan pendekatan agar manfaat harta wakaf dapat disalurkan untuk selama-lamanya sebagaimana niat pewakaf.

Namun aspek pelaksanaannya memerlukan kepada ketelitian dengan mengambilkira pelbagai aspek perundangan negara dan hukum syarak. Di Malaysia pelaksanaan istibdal tanah wakaf masih tidak begitu popular dan kurang difahami oleh masyarakat di Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai isu dan tanggapan negatif terutama di kalangan masyarakat awam.

Perkataan Ibdal dan Istibdal amat berkaitan antara satu sama lain disebabkan Ibdal sesuatu harta wakaf membawa kepada Istibdal harta itu. Ini bermakna semua jenis hartanah wakaf tidak boleh diambil oleh kerajaan untuk apa jua bentuk pembangunan. Mazhab Hanafi mengharuskan Istibdal dalam semua keadaan, selagimana ia mempunyai kepentingan untuk kemaslahatan orang ramai.

Ini kerana perkara tersebut melibatkan kemaslahatan ummah secara umum. Jika tidak diistibdalkan harta wakaf itu akan memberi kesan negatif yang menyukarkan umat Islam seperti tempat ibadat umat Islam, kemudahan untuk pengkebumian serta jalan untuk mereka lalu-lalang, maka dalam situasi ini wajib mempermudahkan urusan mereka itu.

Mazhab Hanbali mengamalkan konsep keterbukaan dalam kes harta wakaf yang berhajat kepada pelaksanaan Istibdal khususnya harta wakaf yang rosak dan sebagainya agar tidak hilangnya manfaat wakaf.

Bukti kelonggaran hukum Istibdal dalam mazhab Hanbali ialah mengharuskan Istibdal wakaf berbentuk harta alih seperti masjid. Keharusan ini berlaku apabila masjid tersebut telah rosak atau tidak sesuai lagi untuk digunakan lagi seperti sempit dan tidak boleh diperbaiki lagi kecuali dijualkan dan diganti dengan masjid yang lain.

Begitu juga jika kerosakan melibatkan keseluruhan masjid, maka diharuskan menjual keseluruhan dan hasil dari transaksi jual beli ini digunakan untuk membina masjid yang lain sebagai ganti kepada masjid yang diwakafkan. Istibdal Sebagai Medium Pengekalan Harta Wakaf Berdasarkan kepada senario yang berlaku dalam negara pada hari ini realiti dan fenomena semasa yang berlaku seperti pengambilan tanah wakaf oleh kerajaan, ketidaksesuaian tanah dengan pembangunan wakaf seperti tanah yang berselerak, tidak strategik dan ekonomik , tujuan rumah ibadat yang berada di kekelilingi orang bukan Islam dan sebagainya memerlukan kepada aplikasi istibdal dilaksanakan.

Ini supaya wakaf dapat dimanfaatkan oleh benefesiari yang dinamakan Siti Mashitoh Mahamood, Keperluan kepada pelaksanaan mekanisme Istibdal bagi tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan oleh pihak kerajaan bukan lagi menjadi satu pilihan.

Malah ia adalah satu kemestian yang tidak boleh disangkal kepada pihak yang bertanggungjawab atau pihak berkuasa lain dengan mengkaji serta menyelidiki secara kritikal agar segala tindakan yang diambil dan pelaksanaannya sejajar dan seiring dengan matlamat hukum syarak.

Selain melaksanakan kewajipan syarak, Istibdal terpaksa dilakukan kerana faktor-faktor ekonomi atau politik atau undang-undang dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, Istibdal bukanlah satu mekanisme yang terpakai kepada semua kategori tanah wakaf. Justeru para fuqaha berselisih pendapat dalam mengharuskan hukum Istibdal terutama dari aspek pelaksaannya.

Terdapat juga di kalangan mereka yang berpandangan agak rigik dengan melarang secara keras pelaksanaan Istibdal walau dalam apa jua keadaan. Para fuqaha dalam menentukan hukum Istibdal amat berhati-hati dengan tujuan untuk menjaga kemaslahatan harta amanah orang Islam.

Jika tidak sudah tentu akan mengundang kepada kelewehan hukum yang mengakibatkan akan wujudnya penyelewengan dan perlanggaran terhadap prinsip-pinsip hukum wakaf yang telah sedia disusun atur oleh sarjana Islam terdahulu.

Secara umumnya, majoriti mazhab menerima konsep Istibdal sebagai satu medium ke arah mengekalkan hartanah wakaf dan manfaatnya.

Konsep ini juga adalah selaras dengan prinsip bahawa harta wakaf tidak boleh dijual, tidak boleh dihibah kepada orang lain dan tidak boleh diwarisi. Ini bagi memastikan nait atau tujuan pewakaf dapat dikekalkan selama-lamanya dan ia tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan membangunkan harta tersebut Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, hlm. Urusan penggantian tanah wakaf adalah menjadi tanggungjawab pemerintahan atau mahkamah dengan melihat kepada kemaslahatan umum, dan tidak boleh ditolak, kecuali terdapat sebab-sebab yang membawa kepada kemudharatan dan tidak mendatangkan hasil sama ada kepada pewakaf itu sendiri atau orang yang menerima wakaf.

Kadi hendaklah berusaha sedaya mungkin mengadakan siasatan sendiri sebelum melaksanakan Istibdal; ii. Kadi hendaklah melantik dua orang pakar yang adil dan amanah untuk menyelidik dan menyiasat keperluan Istibdal yang dicadangkan untuk memastikan hasil pelaksanaannya benar-benar membawa kepada kebaikan atau sebaliknya; iii. Kadi hendaklah membuat laporan setelah mendengar keterangan daripada pakar yang dilantik dan menyokong terhadap pelaksanaan Istibdal. Kelulusan Istibdal bergantung kepada keputusan kadi setelah berpuashati dengan apa yang telah dicadangkan bagi menjamin kebaikan wakaf yang dibuat.

Manakala dari aspek pelaksanaan yang lain, tanah-tanah wakaf yang akan diambil oleh kerajaan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah digariskan oleh fuqaha terlebih dahulu hendaklah dirujuk kepada pihak yang berautoriti. Penyiasatan dan kajian terperinci perlu dijalankan agar konsep pengambilan tanah secara paksaan berasaskan kepada konsep Istibdal ini benar-benar menepati dengan syarat dan garis panduan hukum syarak sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini. Sebagai kesimpulannya, penentuan syarat sama ada penggantian dengan wang atau tanah adalah bergantung kepada keadaan dan situasi semasa di sesebuah negara tersebut.

Apa yang penting ialah tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan hendaklah dibeli atau diganti dengan tanah yang lain dan wang pampasan itu tidak boleh dimiliki atau disimpan begitu sahaja. Bahkan dalam keadaan tertentu hukumnya menjadi wajib berdasarkan kepada beberapa kaedah Fiqhiyyah bahawa: Sesuatu yang pada asalnya tidak wajib tetapi jika tidak kerananya tidak akan mencapai matlamat yang dikehendaki maka ia menjadi wajib.

Walau bagaimanpun aplikasinya tidaklah begitu meluas memandangkan ia tidak semudah yang dibincangkan. Beberapa fatwa telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan Istibdal harta wakaf. Antaranya ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga fatwa-fatwa kerajaan negeri. Sebagai contoh pada tahun Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah bersetuju mengharuskan wakaf istibdal untuk memindahkan tanah wakaf yang lebih mendatangkan manfaat dengan mensyaratkan nilai tanah akan diganti mempunyai nilai yang sama atau lebih.

Fatwa yang sama juga pernah diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Ulamak Majlis Agama Islam Negeri Kelantan pada tahun bahawa penggantian atau penjualan harta wakaf boleh dilaksanakan ke atas tanah-tanah wakaf dalam situasi yang diperlukan dan untuk kepentingan awam termasuk harta-harta wakaf yang tidak mempunyai hasil yang cukup bagi menampung kos penyelenggaraan dan pembaikpulihannya.

Sebagai contoh Seksyen 19, Enakmen Wakaf Selangor dan Enakmen Wakaf Negeri Melaka memperuntukkan bahawa: Majlis boleh mengistibdalkan apa-apa mawquf dalam keadaan berikut: Mawquf telah diambil oleh mana-mana pihak berkuasa awam mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis; Kegunaan mawquf tidak lagi mendatangkan manfaat atau faedah sebagaimana yang dikehendaki oleh waqif; atau Kegunaan mawquf tidak menepati tujuan wakaf Enakmen Wakaf Negeri Sembilan , Sek.

Subseksyen 1 Majlis hendaklah mendapatkan pendapat jawatankuasa fatwa jika majlis hendak istibdal: Masjid atau tapak masjid yang diwakafkan; atau Dalam hal keadaan selain hal keadaan yang dinyatakan dalam Subseksyen 1. Subseksyen 2 Walau apa pun yang ditetapkan oleh waqif: Pelaksanaan syarat itu adalah tertakluk kepada mana-mana undang bertulis; dan Jika majlis tidak boleh melaksanakan mana-mana syarat yang ditetapkan oleh waqif, majlis hendaklah menentukan apa-apa cara lain untuk melaksanakan wakaf itu supaya mawquf itu digunakan dengan cara sehampir mungkin sama dengan syarat yang ditetapkan oleh waqifnya.

Seksyen 9 2 : Jawatankuasa ini boleh membeli harta alih atau tak alih dengan menggunakan wang kumpulan wakaf daripada ammual badal. Manual istibdal ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada mana-mana MAIN untuk melaksanakan istibdal. Ia merangkumi semua aspek istibdal sama ada dari segi hukum syarak dan perundangan.

Beberapa contoh pelaksanaan istibdal di MAIN telah dimuatkan dalam manual ini. Selain itu manual ini dilengkapi dengan kaedah atau proses pelaksanaan istibdal di beberapa buah negeri seperti di Kedah dan Pulau Pinang yang telahpun mempunyai manual istibdal yang boleh dirujuk oleh MAIN yang lain.

Kewujudan peruntukan istibdal di dalam Enakmen dan Manual yang dilakukan oleh pihak JAWHAR ini adalah sebagai satu inisiatif dalam usaha kerajaan untuk membangun dan memastikan tanah-tanah wakaf dapat dieksploitasi dengan semaksima mungkin manfaatnya dan tidak akan terbiar begitu sahaja. Pelaksaan Istibdal juga telah dilakukan di negara-negara Islam yang lain seperti Indonesia.

Peruntukan dalam Peraturan Pemerintah tahun no. Dalam Peraturan Menteri Agama No. Berbeza dengan negara Mesir di bawah Undang-undang Mesir No. Konsep yang sama juga dilaksanakan di Syria melalui Undang-undang Syria No. Ltd untuk mengurus dan membangunkan harta wakaf termasuk mengistibdalkan tanah-tanah wakaf yang kecil dan tidak ekonomikal kepada tanah atau bangunan yang berpotensi. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan Istibdal.

Antaranya ialah: Keterikatan dengan Hukum Syarak dan Pandangan Mazhab Berdasarkan kepada pandangan mazhab Syafie, harta wakaf tidak boleh dijual, diwarisi, dihadiah dan dipusakai. Justeru, masih ada sesetengah MAIN yang terlalu rigid berpegang kepada mazhab tersebut yang tidak mengharuskan hukum istibdal sekalipun harta tersebut tidak mendatangkan hasil dan manfaat kepada benefisiari.

Keterikatan dengan Niat Pewakaf di Malaysia salah satu daripada halangan istibdal ialah terikat dengan hukum syarak bahawa tanah wakaf Khas tidak boleh dibangunkan atau ditukar ganti selain apa yang diniatkan oleh pewakaf. Dianggarkan terdapat 36, hektar keluasan tanah wakaf Khas di Malaysia yang lebih besar berbanding tanah wakaf Am.

Di negeri Johor sebagai contoh terdapat 51, ekar, daripada jumlah tersebut 18, adakah wakaf Am. Begitu juga i negeri Kedah daripada ekar keluasan tanah wakaf, 32 ekar adalah tanah wakaf Am.

Di Kelantan wakaf ibadat antara yang terbanyak meliputi 70 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah wakaf Mohd Afandi Mat Rani, , hlm. Kedudukan tanah yg tidak strategik, tidak ekonomik, Terbiar dan Berselerak Dalam rancangan untuk membangun tanah wakaf melalui projek pembangunan, pertanian dan penempatan memerlukan keluasan tanah dan lokasi yang strategik.

Bagi memenuhi kretaria ini MAIN menghadapi masalah kerana banyak tanah yang diwakafkan terdiri daripada lot-lot tanah yang kecil dan kedudukan lokasinya yang berjauhan dari kawasan bandar dan berselerak. Tidak kurang juga tanah-tanah ini tidak berpotensi dan tidak berdaya maju serta tidak produktif untuk dibangunkan dalam tempoh yang terdekat ini. Akibatnya tanah berkenaan terbiar begitu sahaja tanpa dapat memberi apa-apa pulangan kepada MAIN.

Maka faktor ini menjadi punca utama mengapa tanah wakaf tidak ekonomik dan sebagainya tidak boleh diganti dengan tanah yang lain. Tanah yang tidak bermilik atau tanah kerajaan semakin berkurangan. Sekalipun ada tetapi lokasinya yang tidak strategik, tidak setanding dengan tanah wakaf yang asal, tidak ekonomik serta tidak berdaya maju. Sekiranya hendak dibeli sebagai gantian, ia akan bertentangan dengan hukum Istibdal harta wakaf yang mesti diganti dengan tanah yang sama nilai atau lebih baik.

Selain isu yang dinyatakan di atas, istibdal sukar untuk dilaksanakan kerana tidak mendapat sokongan yang penuh daripada pihak kerajaan. Banyak tanah kerajaan yang dicadangkan oleh MAIN untuk diwakafkan semula tidak mendapat persetujuan pihak kerajaan dan terdapat negeri yang mencadangkan agar MAIN membeli tanah-tanah yang akan diwakafkan, namun harga tanah tersebut sangat tinggi Temubual En.

Keperluan kepada tenaga pakar dalam bidang hartanah dan pelaburan MAIN juga berhadapan dengan kekurangan tenaga pakar dalam bidang hartanah. Bagi melaksanakan konsep istibdal. Ini kerana syarat untuk melaksanakan istibdal harta gantian itu lebih baik daripada mawquf yang asal, jenis harta yang sama dan lebih mendatangkan manfaat pada masa akan datang Manual Pengurusan Istibdal Wakaf, , hlm. Justeru, MAIN perlu mempunyai pegawai yang mahir dan pakar dalam bidang tanah, selain memiliki pengetahuan dalam bidang yang berkaitan hukum syarak.

Pegawai yang bertugas di bahagian wakaf tidak boleh tertumpu hanya kepada bidang agama atau hukum sahaja. Kombinasi antara dua bidang yang dikuasai oleh pegawai wakaf akan dapat menyelesaikan banyak masalah terutama apabila berhadapan dengan isu pengambilan tanah, urusan Istibdal tanah dan lain-lain perkara berkaitan tanah dan undang-undangnya yang begitu kompleks. Amalan yang diamalkan oleh pentadbir tanah di Malaysia ialah dengan hanya membayar pampasan dengan wang sahaja.

Pembayaran pampasan dengan wang memudahkan usaha pihak terbabit yang mengambil tanah tanpa berurusan dengan pihak lain kecuali dengan pemilik tanah yang terlibat dengan pengambilan sahaja. Jika pemberian pampasan dibuat melalui penggantian tanah dengan tanah, sudah semestinya pihak berkuasa atau badan-badan, atau syarikat yang ingin melaksanakan sesuatu projek terpaksa berurusan dengan banyak pihak selain pemilik tanah. Konsep Istibdal atau pengambilan tanah wakaf dengan menggantikan wang sebagai pampasan yang menjadi amalan kebiasaan pentadbir tanah hari ini perlu dinilai dan dikaji dari kedua-dua sudut hukum syarak dan Seksyen 15 1 APT Walaupun pada dasarnya teori Istibdal dengan wang sebagai pampasan diterima dan menepati dengan konsep Istibdal di dalam Islam, namun aspek pelaksanaannya tidak mencapai standard dan piawaian yang ditetapkan di dalam hukum pewakafan harta dalam Islam sekiranya MAIN masih gagal merealisasikan kewujudan aset tanah bagi melangsungkan hak pewakaf yang dimanahkan kepada MAIN.

Istibdal atau pertukaran harta wakaf menurut hukum syarak dilihat sebagai satu kaedah atau satu alternatif dalam menyelesaikan isu pengambilan tanah wakaf oleh PBN yang diimplimentasikan daripada pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal dan mazhab Hanbali. Setelah pengambilan tanah wakaf dibuat oleh PBN, pelaksanaan kepada mekanisme Istibdal bukan lagi menjadi satu alternatif, malah menjadi satu kewajipan atau kemestian yang wajib dilaksanakan oleh pihak yang diberi tanggungjawab.

Sekiranya Istibdal tidak dilakukan dengan menghilangkan asetnya yang asal, secara langsung tindakan memberi keizinan kepada PBN mengambil tanah-tanah wakaf secara paksaan adalah menyalahi dengan kaedah dan prinsip pewakafan harta dalam Islam. Ini kerana apa yang difahami daripada keharusan pengambilan tanah wakaf adalah kerana adanya konsep Istibdal yang boleh mewujudkan semula aset yang kedua sebagai wakaf melalui penggantian atau pertukaran.

Dengan ini, tindakan pengambilan tanah wakaf oleh PBN tidak menyalahi dengan hadith bahawa harta wakaf tidak boleh dijual, dihibah atau diwarisi. Dalam hal ini pihak agensi diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mendapatkan tanah lain sebagai ganti. Agensi yang mengambil tanah boleh mendapatkan tanah melalui kaedah permohonan biasa yang diperuntukkan dalam undang-undang tanah, iaitu melalui salah satu daripada tiga cara berikut: i.

Memohon tanah kerajaan daripada PBN ii. Mengambil mana-mana tanah secara paksa melalui proses undang-undang Melalui cara pertama pihak agensi akan memohon tanah kerajaan daripada PBN.

Dalam hal ini usaha pihak agensi untuk menggantikan tanah wakaf hendaklah mendapat perhatian dan sokongan oleh PBN. Begitu juga dengan ahli exco juga ada yang menjadi Ahli Lembaga Pengarah MAIN sendiri ini boleh mengambil inisiatif dengan menyediakan tanah lain sebelum sesuatu tindakan pengambilan dibuat oleh PBN.

PBN atau kerajaan negeri hendaklah memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan kepentingan MAIN yang juga sebahagian daripada institusi di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

CBHPM 4 EDICAO PDF

Konsep Istibdal Harta Wakaf menurut Perspektif Islam

.

ATMEL AT89C52 DATASHEET PDF

.

CON GARBO Y SALERO PDF

.

Related Articles